Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Jurutera IT Maut Digilis Lori

By 20 Januari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/PDRM

RAWANG, 20 Jan (Malaysiaaktif) – Seorang lelaki maut akibat digilis sebuah lori selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan selepas susur Tol Rawang Utara menghala ke Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata siasatan awal mendapati sebelum kemalangan berlaku, pemandu lori berumur 57 tahun dalam perjalanan dari Rawang menghala ke Shah Alam.

“Kemalangan berlaku semasa lori tersebut melepasi tol Rawang Utara dan pemandu yang berada di lorong kiri tiba-tiba bergesel dengan sebuah motosikal yang ditunggang mangsa.

“Siasatan awal menunjukkan lori tersebut dikatakan memasuki laluan motosikal tersebut sebelum kemalangan berlaku,” katanya dalam satu kenyataan.

Arifai berkata, akibat kemalangan itu mangsa yang berusia 26 tahun terjatuh dan digilis lori tersebut.

“Mangsa yang bekerja sebagai jurutera teknologi maklumat disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Selayang untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda