Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Ops Bersepadu Pantau Warga Marang Patuhi SOP

By 27 Januari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhasirah Deris (Marang)

MARANG, 27 Jan (Malaysiaaktif) –Ā Pihak Berkuasa Tempatan di Daerah Marang, mengadakan operasi pemantauan secara kerjasama dengan beberapa jabatan adalah salah satu langkah yang wajar dilakukan memandangkan negeri ini masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 sehingga 4 Februari depan.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Zain Mat Dris, berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang dan Majlis Daerah Marang (MDM) sering bekerjasama dalam melakukan ā€˜Ops Bersepadu Pematuhan SOP’ untuk memastikan warga Marang sentiasa mematuhi garis panduan dan SOP yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Penguatkuasa Majlis Daerah Marang bersama anggota Polis ketika menjalankan pemantauan di Pasar Bukit Payong, Marang.

Penguatkuasa Majlis Daerah Marang bersama anggota Polis ketika menjalankan pemantauan di Pasar Bukit Payong, Marang.

ā€œDalam tempoh PKP 2.0 ini, sudah beberapa kali ā€˜Ops Bersepadu’ dilaksanakan termasuklah hari ini di Pasar Bukit Payong namun, tiada sebarang tindakan telah diambil kerana tiada salah laku dan pelanggaran SOP oleh penduduk setempat.

“Setakat ini keadaan terkawal kerana penduduk setempat memberi kerjasama dan mempunyai tanggungjawab untuk memutuskan rantaian COVID-19,ā€ katanya ketika menjalankan pemantauan di pasar tersebut, di sini semalam.

Katanya, pemantauan dilakukan untuk memastikan pemilik premis perniagaan dan orang ramai mematuhi SOP selain memberi peringatan agar sentiasa mengamalkan norma baharu.

Pembeli dan peniaga perlu mematuhi penjarakan fizikal yang telah ditetapkan.

Pembeli dan peniaga perlu mematuhi penjarakan fizikal yang telah ditetapkan.

ā€œKolaborasi IPD Marang dan Majlis Daerah Marang ini adalah suatu manifestasi jelas dalam merealisasikan aspek penguatkuasaan SOP dengan lebih serius sepanjang tempoh berkuatkuasanya PKP ini.

“Pihak polis juga menasihatkan orang ramai supaya melakukan kawalan kendiri dengan baik dan menjadikannya sebagai amalan harian bagi mengekang jangkitan COVID-19 dan pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan kompaun sekiranya orang ramai sengaja dan gagal mematuhi perintah yang dikeluarkan,” katanya.

-II

Tinggalkan komen anda