
Laporan/foto: Mohd Najmi Mohd Johari (Seremban)
SEREMBAN, 28 Jan (Malaysiaaktif) – Sambutan Thaipusam hari ini disambut sederhana oleh masyarakat Hindu di sini kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak membenarkan sambutan besar-besaran.
Menurut penduduk tempatan Kaviraj Rajendran, 38, masyarakat Hindu terpaksa akur dengan arahan kerajaan namun tetap bersyukur kerana masih berpeluang untuk menyambut Thaipusam tahun ini.
“Kami sedar akan keperluan untuk membatalkan sambutan tersebut demi untuk keselamatan dan kesihatan orang ramai bagi mengelak jangkitan pandemik COVID-19 ini daripada terus berlaku.
“Walaupun sambutan Thaipusam pada hari ini disambut secara sederhana, tetapi apa yang penting ialah doa yang suci kepada rakyat Malaysia dan negara supaya sentiasa dilindungi daripada dijangkiti penyakit tersebut,” katanya.
Beliau juga menasihatkan kepada orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar kita sama-sama dapat membendung wabak ini terus merebak.
-AK