Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Sembuh Tertinggi dengan 4,522, Kes Baharu 5,298

By 1 Februari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 1 Feb (Malaysiaaktif) – Malaysia mencatatkan jumlah kes sembuh COVID-19 harian tertinggi apabila mencatatkan 4,522 kes, manakala kes baharu harian kekal melebihi 5,000 kes tiga hari berturut-turut, namun menurun sedikit berbanding semalam dengan 5,298 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah 166,049 dan kumulatif kes kini 214,959, sementara bilangan kes aktif sebanyak 48,150.

“Berdasarkan jumlah kes baharu hari ini, 5,295 kes merupakan penularan tempatan manakala tiga lagi kes import membabitkan dua warganegara dan seorang warga asing.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi dengan 2,460 kes diikuti Johor (1,020 kes) dan Kuala Lumpur (783),” katanya dalam kenyataan perkembangan COVID-19, semalam.

Dr Noor Hisham berkata, 313 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 127 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya sebanyak 14 kes kematian dilaporkan hari ini, melibatkan 12 kes di Selangor dan masing-masing satu kes di Sarawak dan Kuala Lumpur, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 760.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda