
Laporan/foto: Salawati Mat Shariff (Daerah Seberang Perai Utara)
BUTTERWORTH, 1 Feb (Malaysiaaktif) – Sebanyak 256 pelbagai kompaun kesalahan telah dikeluarkan sepanjang tempoh PKP 2.0 semasa Operasi (Ops) Sekatan Jalan Raya (SJR) di sini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata pelbagai alasan yang diberikan oleh pengguna jalan raya yang ditahan semasa Ops SJR diadakan di Jalan Bagan Luar, baru-baru ini.
“Sejak PKP 2.0 sehingga 29 Januari, sebanyak 37 kompaun telah dikeluarkan kerana kesalahan merentas negeri, 51 kompaun kerana merentas daerah, tidak memakai pelitup muka (66), tidak mengambil suhu dan imbasan MySejahtera (35), tiada penjarakan fizikal (16), tidak merekod butiran pelanggan (14) serta berniaga lebih masa (9),” katanya selepas mengetuai Ops SJR di Jalan Bagan Luar.
Dalam perkembangan berkaitan, Noorzainy Mohd Noor, berkata tindakan turut dikenakan ke atas 25 premis perniagaan yang tidak dibenarkan beroperasi semasa Ops SJK Bergerak diadakan.
“Empat Ops SJR bergerak diadakan serentak hari ini termasuk di Jalan Ong Yi How, Kepala Batas dan Tasek Gelugor bagi memastikan orang ramai mematuhi arahan tidak keluar melebihi lingkungan radius 10 kilometer (km),” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Polis Mak Mandin Inspektor Roslan Mat, pula berkata antara objektif SJR diadakan di Jalan Ong Yi How adalah komuniti kawasan di sini di bawah tanggungjawab pihak polis.

Ketua Balai Polis Mak Mandin, Inspektor Roslan Mat pula menjalankan tugas Ops SJR di Jalan Ong Yi How dalam kawasan tanggungjawabnya.
“Ops SJR di sini adalah untuk memastikan khususnya tidak menyalahgunakan permit kebenaran rentas daerah dan rentas negeri dan juga bertujuan untuk mengesan sebarang pergerakan lain yang menyalahi SOP,” katanya.
-ii-