Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Pemakaian Peranti Pengesanan, Antara Lima Peruntukan Baharu Ordinan Darurat

By 3 Mac 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 3 Mac (Malaysiaaktif) – Perintah pemakaian peranti pengesanan merupakan antara lima peruntukan baharu dalam Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit) (Pindaan) 2021 yang akan berkuat kuasa pada 11 Mac ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata pemakaian peranti berteknologi tinggi berbentuk gelang itu yang bertujuan untuk mengawal pergerakan adalah diwajibkan bagi tiga kategori iaitu individu yang positif COVID-19; individu dalam siasatan (PUI) atau kontak rapat pesakit COVID-19; dan individu dalam pengawasan (PUS).

“Tempoh pemakaian peranti itu adalah dalam masa 10 hari,” katanya dalam sidang media bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Kementerian Kesihatan (KKM) di sini, hari ini.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda