
Laporan/foto: Mohd Ridhuan Mohd Fadhil Samuel/Wan Izati Wan Mohamad Abedullah Hakim (Kuala Kangsar)
MANONG, 14 Mac (Malaysiaaktif) –Kerajaan negeri telah melancarkan Kad Perak Prihatin 2021 untuk golongan yang kurang berkemampuan (golongan B40) di negeri ini bagi mengurangkan kos sara hidup di mana mereka akan mendapat akses kepada pembelian barangan asas bernilai RM80 sebulan di kedai-kedai runcit yang berdaftar serta kemudahan rawatan kesihatan sehingga RM300 setahun di mana-mana klinik panel terpilih.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong Mohamad Zuraimi Razali, berkata sumbangan melalui Kad Perak Prihatin 2021 yang diberikan kepada rakyat Perak, sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban rakyat khususnya di daerah ini memandangkan ramai yang terkesan ekoran pandemik COVID-19 sehingga ada yang hilang pekerjaan dan hilang punca pendapatan.
“Kerajaan negeri berusaha sebaik mungkin bagi memastikan rakyat negeri ini mendapat bantuan sewajarnya dan penerima wang bantuan kerajaan dinasihatkan agar menggunakan sumbangan itu dengan sebaiknya.
“Saya berharap sumbangan ini dapat meringankan beban rakyat dalam menempuh kehidupan seharian mereka.
“Selain Kad Perak Prihatin 2021, kerajaan negeri turut memperkenalkan Sumbangan Tabarruk atau khairat kematian kepada umat Islam di negeri ini,” katanya ketika mengikuti program Info on Wheels (IoW) anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kuala Kangsar di Dataran Manong, di sini semalam.
~RJ~