Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

JaPen Terus Perkasa Maklumat Sahih dan Tepat kepada Rakyat

By 14 Mac 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Ridhuan Mohd Fadhil Samuel/Ahmad Faisal Ahmad Tarmizi (Kuala Kangsar)

MANONG, 14 Mac (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan (JaPen) Perak terus mempergiat aktiviti penyampaian maklumat yang sahih kepada rakyat di negeri ini dalam pelbagai medium.

Pegawai Penerangan Daerah Kuala Kangsar Tuan Saiful Bahari Tuan Ismail, berkata JaPen sentiasa mencari inisiatif dalam menyampaikan maklumat yang sahih dan tepat kepada rakyat khususnya di daerah sini sama ada secara bersemuka mahupun menggunakan platform media sosial.

“Masih terdapat segelintir masyarakat yang ketinggalan dalam mengikuti  isu semasa dan terdedah kepada berita palsu maka menjadi tanggungjawab kami untuk turun padang dan menyampaikan maklumat yang sahih dan tepat,” katanya ketika berucap pada program Info on Wheels (IoW) di Dataran Manong, di sini semalam.

Tuan Saiful turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu berkaitan vaksin COVID-19 dan menyarankan agar rakyat  mendaftar di aplikasi MySejahtera atau pergi ke mana-mana klinik kesihatan berhampiran.

“Baru-baru ini terdapat berita palsu mengatakan kesan buruk suntikan vaksin tular di media sosial maka kami dari pihak JaPen sepenuhnya menyangkal berita palsu tersebut,” katanya.

~RJ~

 

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda