Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Ziarah Kubur Hanya Enam Orang

By 12 Mei 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zuraidah Ahmad/Vicky S. Matanjang (Kota Kinabalu)

PUTATAN, 12 Mei (Malaysiaaktif) – Mufti Sabah Datuk Bungsu@Aziz Jaafar memaklumkam hanya enam orang daripada setiap keluarga dibenarkan menziarahi kubur sempena Aidilfitri ini.

“Kalau kita mahu bersedekah pahala, bacaan Surah al-Fatihah atau bacaan Surah Yasin dan seumpamanya buat saja di rumah.

“Kita boleh menghantar wakil enam orang untuk ziarah supaya tanah perkuburan tidak sesak, sekali gus mengelakkan jangkitan dan penularan wabak COVID-19,” jelasnya yang ditemui pada Majlis Rukyah Hilal Syawal 1442H/2021M di Balai Cerap Al-Biruni, di sini semalam.

Mengulas mengenai pelaksanaan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri, Bungsu mengingatkan pihak pengurusan masjid dan surau agar memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi setiap masa.

“SOP Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang terkini telah dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

AHLI FALAK... Ketua Bahagian Falak Pejabat Mufti Negeri Sabah, Mohd Jumat Abdul Razak ketika membuat cerapan.

AHLI FALAK… Ketua Bahagian Falak Pejabat Mufti Negeri Sabah, Mohd Jumat Abdul Razak ketika membuat cerapan.

“Oleh itu, kita mengingatkan pihak pengurusan masjid dan surau di seluruh negeri ini agar sentiasa memastikan semua jemaah mematuhi SOP yang ditetapkan pihak berkuasa,” katanya.

Beliau turut memaklumkam, selain mematuhi kapasiti berdasarkan ruang serta penjarakan fizikal satu meter, pengurusan masjid perlu memastikan jemaah yang hadir tidak mempunyai gejala yang boleh merisikokan jemaah yang lain.

“Di samping itu, amalan lazim yang dilakukan khususnya ketika sambutan Aidilfitri seperti bersalaman dan berpelukan perlulah dielakkan.

“Walaupun niatnya untuk mengukuhkan ukhwah, tetapi untuk sementara waktu ini para jemaah perlu mengelakkan amalan ini supaya kebarangkalian jangkitan COVID-19 dapat dikurangkan,” katanya.

Menurut beliau, dalam usaha mengekang penularan COVID-19 terutama pada sambutan Aidilfitri yang akan bermula Khamis ini, Bungsu turut berharap semua pihak dapat memberi kerjasama dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

-RI

Tinggalkan komen anda