
Oleh Mazlin Basir (Batu Pahat)
BATU PAHAT, 13 Dis (Malaysiaaktif) – Satu Pertandingan Bole Sepak telah diadakan bersempena Karnival Senggarang bertempat di Sekolah Kebangsaan Koris hari ini.
Sebanyak tujuh pasukan dari kawasan Senggarang bertanding bagi kategori 17 tahun dan ke atas.
Turut hadir menyaksikan pertandingan bersama penduduk kampung, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Senggarang, A. Aziz Ismail.
Antara tujuan pertandingan bagi mencungkil bakat bola sepak di kawasan Senggarang, selain membantu menyuntik semangat kesukanan.