Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurEkonomiHomeTerengganuViral

Program Unik ‘Jom Makan Ubi!’ Di Besut

By 14 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Taufiq Firdaus Md.Nor (Besut)

BESUT, 14 Dis (Malaysiaaktif) — Warga tua yang pernah mengharungi kegetiran kehidupan semasa zaman pemerintahan penjajah tentera Jepun di Malaya tidak terlepas mengingatkan tentang pengalaman makan ubi kayu kerana kekurangan beras semasa perang.

Pengalaman tersebut seolah-olah dihidupkan kembali hari ini melalui sesuatu yang unik, iaitu Program Jom Makan Ubi yang berlangsung di perkarangan Gelanggang Futsal Terbuka Kampung Gelam di sini.

 

20151214013259

 

Bagaimana pun, Program Jom Makan Ubi ini bukan disebabkan tekanan ekonomi atau inflasi, tetapi bagi menonjolkan khasiat dan keunikan penyediaan makanan daripada ubi pelbagai jenis di negara ini.

Pelbagai jenis ubi turut dipamerkan sempena promosi musim tengkujuh, termasuk ubi kayu, ubi besar, ubi badak, ubi itik, ubi keling, ubi keledek, ubi keladi dan ubi gadong.

 

20151214013303 (5)

20151214013304 (1)

 

Turut dihidangkan menu berasaskan ubi, seperti Tonyoh, Poli Ubi, Ubi Tumbok, Goreng Ubi, Ketupat Ubi, Cek Mek Molek, Ubi Bakar dan Beko.

Program dianjurkan oleh Biro Tata Negara (BTN) Daerah Besut dengan kerjasama Komuniti 1Malaysia Mukim Keluang dan J3K Mukim Keluang.

Program yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kota Putera ini mendapat sambutan penduduk tempatan kerana kelainannya.

Turut hadir, Pegawai daerah Besut Datuk A.Rahim Jusoh dan  Ketua Polis Daerah Besut Khalid Che Lah.

Sempena program itu, Pejabat Kesihatan Daerah Besut membuka kaunter pemeriksaan kesihatan percuma.

 

Tinggalkan komen anda