
Foto: Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA, 22 Mei (Malaysiaaktif) –Berikut adalah maklumat terkini mengenai jumlah kes COVID-19 di beberapa negara setakat 10 pagi hari ini.
Setakat 21 Mei, Amerika Syarikat (AS), India dan Brazil kekal negara teratas dengan jumlah kes positif dan kematian tertinggi.
Sementara Malaysia dan negara jiran di ASEAN terus mencatat jumlah kes dan kematian lebih rendah jika dibandingkan dengan jumlah penduduknya, namun tetap berwaspada terhadap kemunculan varian baharu.

Jumlah itu berdasarkan data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), negara ASEAN, Our World Data dan John Hopkins Coronavirus Resource Centre.
Semua negara tersenarai juga telah meningkatkan program vaksinasi kebangsaan masing-masing, Malaysia menerima 828,000 dos vaksin COVID-19 pada Jumaat, dihantar melalui kemudahan COVAX.
— BERNAMA