
Foto: Infografik KKM
PUTRAJAYA, 30 Mei (Malaysiaaktif) – Jumlah kes baharu harian COVID-19 melepasi angka 9,000 dengan 9,020 kes dilaporkan semalam, rekod tertinggi sejak pandemik berkenaan menular di negara ini pada Januari tahun lepas.
Berdasarkan hantaran Twitter Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan kini sebanyak 558,534 kes.
Selangor kekal menjadi negeri yang menyumbang kepada kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,836 kes diikuti Kelantan dengan 907 kes, Negeri Sembilan (898), Kuala Lumpur (789) dan Sarawak (726).
Johor dan Kedah merekodkan masing-masing 468 kes, Pulau Pinang (345), Melaka (340), Perak (272), Sabah (265), Labuan (253), Pahang (216), Terengganu (189), Putrajaya (29) dan 19 kes di Perlis.
— BERNAMA