Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Lawatan Ketua Menteri ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AztraZeneca di BCCK

By 7 Jun 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shafik Effendi Kassim/Jaed Tepus (Sarawak)

KUCHING, 7 Jun (Malaysiaaktif) – Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AztraZeneca di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) bagi meninjau proses pemberian vaksin yang ditawarkan secara sukarela kepada penduduk kawasan bandar.

Abang Johari berpuas hati dengan proses pemberian vaksin yang dilakukan di PPV tersebut.

“Hari ini seribu orang akan diberi suntikan vaksin di mana seramai 30 ribu telah mendaftar dan selepas ini bilangan akan bertambah kepada tiga ribu untuk divaksinasi dalam tempoh satu hari,” katanya ketika ditemui di PPV tersebut, di sini hari ini.

Menurut Abang Johari, ini adalah satu-satunya pendekatan untuk mempercepatkan vaksinasi, selain daripada pusat BCCK, kerajaan negeri turut berhasrat membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bandar Miri.

“Saya telah meminta wakil rakyat untuk membantu supaya kita dapat memenuhi sasaran kita pada Ogos yang mana semua akan dapat disuntik.

“Kerajaan negeri juga akan menerima 380 ribu vaksin AztraZeneca daripada MOSTI. Manakala 89,360 vaksin AztraZeneca akan dihantar ke bandar Miri,” kata Abang Johari merujuk kepada isu penduduk luar bandar yang belum berdaftar secara hibrid kerana masalah capaian internet.

-ZS

Tinggalkan komen anda