Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Masyarakat Luar Bandar Tidak Tercicir Suntikan Vaksin COVID-19 – Abidin

By 27 Jun 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Juslie Bacle/Merusin Minuddin (Kota Kinabalu)

RANAU , 27 Jun (Malaysiaaktif) – Masyarakat luar bandar tidak tercicir dalam mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 melalui program khidmat bantuan yang dikendalikan Badan Bertindak COVID-19 Kebangsaan (CITF) negeri Sabah.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir, berkata program ini sebagai inisiatif bagi memudahkan masyarakat yang tidak mempunyai capaian internet dan aplikasi MySejahtera.

Suasana kaunter pendaftaran vaksinasi di perkarangan Dewan Sekolah Kebangsaan Miruru.

Suasana kaunter pendaftaran vaksinasi di perkarangan Dewan Sekolah Kebangsaan Miruru.

“Setakat ini, hanya 30.7 peratus penduduk daerah Ranau yang mendaftar untuk menerima vaksin COVID-19 dan bilangan ini masih rendah berbanding sasaran yang ditetapkan kerajaan.

“Oleh itu, kami menyeru masyarakat khususnya di pedalaman untuk mengambil peluang melalui program seperti ini untuk mendapatkan suntikan vaksin,” katanya dalam Program Outreach CITF Daftar dan Vaksin di Kampung Miruru, di sini semalam.

KENANGAN... Antara penduduk Ranau yang merakamkan gambar sejurus selesai menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19.

KENANGAN… Antara penduduk Ranau yang merakamkan gambar sejurus selesai menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19.

Pada program itu, seramai 300 orang daripada empat buah kampung iaitu Kampung Miruru, Kampung Mangkadait, Kampung Mentapok dan Kampung Rumatai menerima suntikan vaksin COVID-19.

-RI

Tinggalkan komen anda