
Foto: Infografik KKM
PUTRAJAYA, 28 Jun (Malaysiaaktif) – Jumlah kes harian positif COVID-19 baharu di negara ini mencatatkan sedikit penurunan semalam dengan 5,586 kes berbanding 5,803 kes kelmarin.
Menerusi perkongsian di laman Twitter semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka itu menunjukkan pengurangan sebanyak 217 kes.
Perkembangan terbaharu itu menjadikan kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 734,048.
Dr Noor Hisham berkata Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,212 kes, diikuti Kuala Lumpur (628); Sarawak (513); Negeri Sembilan (501); Melaka (380); Johor (312); Perak (229); Sabah (190); Pulau Pinang (138) dan Kelantan (133).
Kedah pula mencatatkan 129 kes; Pahang (118); Labuan (83); Terengganu (16); Putrajaya (empat) manakala Perlis tidak merekodkan kes.
— BERNAMA