Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Dasar 4IR Negara Pacu Transformasi Sosioekonomi Menerusi Teknologi Termaju

By 1 Julai 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Unit Perancang Ekonomi

PUTRAJAYA, 1 Jul (Malaysiaaktif) – Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara (Dasar 4IR Negara) dilancarkan pada Khamis untuk mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi berpacukan teknologi termaju 4IR dan pendigitalan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata melalui dasar tersebut, Indeks Kesejahteran Rakyat Malaysia (MyWI) disasarkan meningkat kepada 136.5 pada 203 daripada 124.4 yang direkodkan pada 2018.

Beliau berkata Malaysia juga disasarkan berada pada kedudukan 20 teratas dalam Indeks Inovasi Global pada 2030 serta mencapai peningkatan 30 peratus produktiviti dalam semua sektor berbanding prestasi pada 2020.

“Menerusi Dasar 4IR Negara, rakyat, perniagaan dan kerajaan, dapat memanfaatkan peluang pertumbuhan dan menangani risiko yang wujud daripada 4IR,” katanya semasa berucap melancarkan Dasar 4IR Negara secara maya, bersama-sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata kemunculan teknologi baharu seperti robotik, kecerdasan buatan dan Internet Pelbagai Benda telah mengubah cara dunia beroperasi.

“Teknologi 4IR juga telah membantu usaha memerangi pandemik COVID-19 di seluruh dunia,” katanya.

Berdasarkan Unit Perancang Ekonomi, Dasar 4IR Negara merupakan dasar negara yang menyeluruh bagi memacu usaha bersepadu dalam mentransformasikan pembangunan sosioekonomi melalui penggunaan teknologi termaju 4IR.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda