
Laporan/foto: Nurul Jannah Shamsol Anuar (Melaka Tengah)
KESIDANG, 3 Jul (Malaysiaaktif) – Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Kesidang sedang giat mendekati masyarakat di Kesidang melalui program Ziarah Kasih .
Menurut Penyelaras JAPERUN Kesidang Mohd Sharif Daud, sumbangan diberikan kepada keluarga yang terkesan dan terbeban akibat daripada pandemik COVID-19 yang melanda negara kini.
“Selain meringankan beban, pihak kami juga hadir mendapatkan maklumat yang terperinci supaya dan mengenal pasti bentu bantuan yang perlu dihulurkan dan sebagai pemudah cara agensi kerajaan yang berkaitan untuk membantu mereka yang terkesan,” ujarnya ketika ditemui di Kampung Melaka Baru, di sini kelmarin.
Penerima sumbangan, Nor Zaidah Nor Hashim berkata, suaminya telah kehilangan pekerjaan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 lagi dan sehingga kini belum mendapat pekerjaan tetap.
“Suami saya pernah menjadi seorang tukang masak, dan sehingga kini belum mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran memasak yang dia miliki.
“Walaupun dalam keadaan yang sukar buat kami sekeluarga, saya berterima kasih pada sumbangan pihak JAPERUN bagi meringankan sedikit beban kami,” ujar Zaidah yang juga mempunyai seorang anak istemewa.
Dalam pada itu, Mohd Sharif menzahirkan harapan dan berdoa agar segala urusan suami isteri ini akan dipermudahkan, beliau juga berkata agar dapat terus mendekati masyarakat Kesidang dan mendengar keluh kesah mereka dalam meneruskan kehidupan seharian.
-FF