Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

JKNS Siap Sedia Hadapi Lonjakan Kes COVID-19 di Selangor

By 25 Julai 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan: Mohd Zaid Awang (Gombak)/JKNS

SHAH ALAM, 25 Jul (Malaysiaaktif) – Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengambil langkah kesiap siagaan menghadapi keupayaan pusuan susulan peningkatan pesakit COVID-19 di negeri itu terutama pesakit kategori tiga dan ke atas.

Pengarah JKNS, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman, berkata pihaknya sedang giat melaksanakan penggunaan sumber luar sebahagian perkhidmatan klinikal melalui hospital swasta bagi mengurangkan pesakit di hospital awam.

“Ianya untuk memastikan pesakit mendapat rawatan yang sewajarnya terutama kepada pesakit bukan COVID-19.

“JKNS akan memantau pelaksanaan penyumberluaran ini mengikut tatacara yang telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia termasuk kriteria pemilihan pesakit dan hospital swasta yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, setiap hospital telah mengoptimakan fasiliti sedia ada di hospital seperti dewan bedah, klinik dan wad bagi menampung peningkatan jumlah pesakit.

Wad Sementara di Hospital Serdang yang dilengkapi penyaman udara, kipas, kemudahan air bersih dan tandas.

Wad Sementara di Hospital Serdang yang dilengkapi penyaman udara, kipas, kemudahan air bersih dan tandas.

“Penggunaan khemah tambahan sebagai wad sementara juga dilaksanakan di kebanyakan jabatan kecemasan di Selangor,” jelas beliau.

Dr. Sha’ari berkata demikian sebagai mengulas status semasa keadaan hospital di Selangor terutama Hospital Serdang susulan gambar tular keadaan pesakit di Jabatan Kecemasan hospital tersebut.

Katanya, gambar tular menunjukkan keadaan di Jabatan Kecemasan Hospital Serdang itu merupakan keadaan sementara kerana menunggu beberapa peralatan tiba.

“Antaranya menyediakan khemah lengkap penyaman udara, kipas, air bersih, tandas dan elekrik yang telah disiapkan pada 21 Julai lalu.

“Kemudahan berkenaan dapat menampung 81 buah katil tambahan,” ujarnya.

-RI

Tinggalkan komen anda