Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

CAC Tambahan Daerah Seremban

By 26 Julai 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Jamilah Sulaiman Nasution (Seremban)/Pusat Dakwah Islamiah Paroi

SEREMBAN, 26 Jul (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju untuk menjadikan Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Negeri Sembilan (PDINS) sebagai Pusat Saringan COVID-19 (CAC) bagi daerah Seremban.

Keputusan tersebut dibuatnya di atas faktor kes positif COVID-19 dalam kalangan masyarakat di Paroi yang semakin meningkat.

Menteri Besar Aminuddin Harun, menerusi satu kenyataan rasmi berkata CAC ini adalah tambahan kepada CAC yang sedia ada di Taman Tasik Jaya dan Stadium Tertutup Nilai.

“Pengurusan dan operasi CAC ini dikelolakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Seremban (PKD), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Pejabat Daerah Seremban (PDS) bermula 22 Julai yang lalu.

“Bagi mengelakkan sebarang risiko jangkitan, pelanggan PDINS dinasihatkan berurusan secara atas talian jika ada urusan di Bahagian Dakwah, Undang-undang Keluarga atau Bahagian Penguatkuasaan PDINS sepanjang tempoh CAC tersebut beroperasi,” ujarnya menerusi kenyataan di Facebook, kelmarin.

Tambahnya lagi, para pelanggan yang perlu hadir ke PDINS perlu mendapatkan temujanji terlebih dahulu dengan bahagian yang berkaitan serta dinasihatkan untuk mematuhi semua arahan petugas dan SOP yang ditetapkan.

-FF

Tinggalkan komen anda