
Foto: Infografik KKM
PUTRAJAYA, 1 Ogos (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 semalam kembali melebihi 17,000 kes dengan 17,786 kes baharu.
Jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kini meningkat kepada 1,113,272.
Selangor mencatatkan kes baharu tertinggi dengan 6,400 kes diikuti Kuala Lumpur (1,962), Kedah (1,389), Johor (1,144) dan Sabah (1,035).
Negeri Sembilan pula merekodkan 929 kes, Terengganu (883), Perak (775), Pulau Pinang (713), Melaka (697), Pahang (653), Kelantan (580), Sarawak (485),
Putrajaya (116), Perlis (16) manakala Labuan sembilan kes.
-RI