Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMAPerak

Kempen Kibar Jalur Gemilang Suntik Semangat Patriotisme

By 1 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Ridhuan Mohd Fadhil Samuel/Salman Azmi (Kuala Kangsar)

KUALA KANGSAR, 1 Ogos (Malaysiaaktif) – Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang memberi suntikan semangat kepada rakyat Malaysia terutama masyarakat di daerah ini untuk mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan.

Pegawai Daerah Kuala Kangsar Zulhisham Ahmad Shukori, berkata tema Malaysia Prihatin yang dikekalkan dari tahun lepas amat bertepatan dengan usaha  kerajaan dalam membendung penularan wabak COVID-19.

“Usaha kerajaan dalam membantu kelangsungan hidup rakyat dalam aspek ekonomi dan kebajikan menjadi topik utama  saranan kerajaan prihatin.

Pengedaran Jalur Gemilang kepada pengguna jalan raya secara pandu lalu.

Pengedaran Jalur Gemilang kepada pengguna jalan raya secara pandu lalu.

“Kita harus menyambut Bulan Kebangsaan dengan semangat dan jiwa yang penuh patriotik kerana apa yang kita nikmati pada hari ini adalah hasil jerih payah perjuangan para pejuang kita bagi melihat sebuah negara dan bangsa yang bebas, diperintah dan ditadbir oleh rakyat sendiri,” katanya selepas menyempurnakan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Kuala Kangsar di sekatan jalan raya (SJR) Plaza Tol Kuala Kangsar, di sini pagi tadi.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Chandan, Maslin Sham Razman turut berharap agar masyarakat di daerah ini terus mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman atau premis perniagaan masing-masing bagi menyuntik semangat cinta akan negara.

Sesi temu ramah bersama ADUN Bukit Chandan, Maslin Sham Razman yang turut hadir ke majlis Pelancaran Kempen Jalur Gemilang Peringkat Daerah Kuala Kangsar.

Sesi temu ramah bersama ADUN Bukit Chandan, Maslin Sham Razman yang turut hadir ke majlis Pelancaran Kempen Jalur Gemilang Peringkat Daerah Kuala Kangsar hari ini.

“Mari kita menyemarakkan Bulan Kebangsaan ini secara bersederhana dan terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi menangani penularan pandemik COVID-19 ini,” katanya.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar Zulqarnain Mohamad.

~RJ~

Tinggalkan komen anda