Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

JaPen Alor Gajah Semarak Semangat Merdeka Kibar Jalur Gemilang

By 2 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salina Hasan@Abd Rashid/Hafizul Adzahari (Alor Gajah)

ALOR GAJAH, 2 Ogos (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Alor Gajah menyantuni petugas barisan hadapan di Sekatan Jalan Raya (SJR) dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dalam Daerah Alor Gajah dengan menyerahkan sebanyak 400 pek makanan dan 200 helai Jalur Gemilang.

Koperal Nordin menerima pek makanan daripada Pegawai Penerangan Daerah Alor Gajah.

Koperal Nordin menerima pek makanan daripada Pegawai Penerangan Daerah Alor Gajah.

Menurut petugas SJR Kuala Linggi Koperal Nordin Aripin, meluahkan rasa gembira kerana menghargai usaha dan penat lelah mereka dalam menjaga keselamatan agar rakyat patuh pada undang-undang yang dikuatkuasakan.

“Sememangnya menjadi keutamaan kami dalam memastikan rakyat memahami dan mematuhi arahan kerajaan dan ini semua adalah untuk kemakmuran serta keharmonian rakyat Malaysia.

“Walaupun kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan namun kemeriahan sambutan Bulan Kebangsaan terus disemarakkan dengan norma baharu, kibarkan Jalur Gemilang,” ujar beliau ketika ditemui di SJR Kuala Linggi, di sini semalam.

Shaifulbhari Mohamad menerima Jalur Gemilang.

Shaifulbhari Mohamad menerima Jalur Gemilang.

Manakala bagi petugas PPV Kompleks Sukan Masjid Tanah, Shaifulbahri Mohamad, sokongan dan kerjasama semua pihak harus diperhebatkan contohnya hari ini Pejabat Penerangan Alor Gajah hadir memberi sumbangan makanan dan Jalur Gemilang.

“Biarpun sederhana namun ia tetap memberi kesan agar tidak hilang semangat patriotik walaupun Negara dilanda pandemik COVID-19,” ujar beliau yang juga merupakan Pegawai KEMAS Parlimen Masjid.

-FF

Tinggalkan komen anda