Skip to main content
Berita UtaraKedahMA

Pelancaran Sambutan HKHM 2021 Padang Terap Berlangsung Sederhana

By 2 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Anis Othman/Muhammad Syafiq Md Saad (Padang Terap)

KUALA NERANG, 1 Ogos (Malaysiaaktif) – Pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2021 Padang Terap dijalankan secara sederhana dan penuh simbolik dimana turut menyaksikan penyerahan Jalur Gemilang kepada Pegawai Daerah Padang Terap, Datuk Md Shuhaime Abd Rahman.

Md Shuhaime menzahirkan rasa syukur kerana masih lagi berpeluang untuk menyambut hari kemerdekaan yang ke-64 walaupun keadaan kini berada di dalam situasi pandemik COVID-19 dan beliau menandatangani streamer perasmian sebagai tanda pelancaran dilaksanakan.

“Saya berasa amat gembira kerana rakyat di Padang Terap yang terdiri daripada Melayu, Cina dan Siam dapat hidup bersama dalam suasana yang aman damai dan harmoni kerana ia akan menjadi tunjang untuk mengecapi pembangunan serta mengekalkan keamanan negara.

“Tema ‘Malaysia Prihatin’ bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini  amat bertepatan memandangkan negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19 dan pelbagai inisiatif serta bantuan disediakan oleh kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan dapat membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup,” katanya selepas merasmikan pelancaran program tersebut di Pejabat Daerah Padang Terap di sini hari ini.

Menurutnya, setiap rakyat Malaysia diseru supaya bersama-sama memeriahkan serta menggelorakan sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di samping memelihara kemerdekaan negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman masing-masing sepanjang sambutan bulan kemerdekaan.

Penyerahan Jalur Gemilang oleh Syed Putera kepada Pasukan Bomba Dan Penyelamat Daerah Padang Terap.

Penyerahan Jalur Gemilang oleh Pegawai Penerangan Daerah Padang Terap, Syed Putera kepada Pasukan Bomba Dan Penyelamat Daerah Padang Terap.

~RJ~

 

Tinggalkan komen anda