Skip to main content
Berita UtaraKedahMA

Pemberian Vaksin Tanpa Janji Temu untuk Warga Emas

By 4 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Firdaus Mahmud (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 4 Ogos (Malaysiaaktif) – Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) bagi Daerah Kuala Muda mula menawarkan Pemberian Vaksin COVID-19 secara tanpa janji temu untuk warga emas bermula hari ini.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan CITF Daerah Kuala Muda itu, antara kriteria bagi penerima mendapatkan slot vaksinasi secara tanpa janji temu ini adalah golongan warga emas berumur 60 tahun ke atas yang belum berdaftar atau mendapat sebarang tarikh janji temu melalui Aplikasi MySejahtera, serta melalui kaedah siapa cepat dia dapat.

Salah seorang warga emas yang hadir secara "Walk In" untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Salah seorang warga emas yang hadir secara tanpa temu janjiĀ bagiĀ mendapatkan suntikan vaksin.

“Pemberian vaksinĀ ini akan bermula pada pukul 2 hingga 4 petang setiap hari, bergantung kepada kapasiti dan vaksin yang tersedia mengikut PPV yang ada, serta penerima vaksin mestilah bebas daripada sebarang gejala COVID-19, bukan kontak rapat kepada pesakit yang positif atau sedang dalam tempoh kuarantin serta membawa kad pengenalan diri untuk pengesahan.

“Antara Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang menawarkan inisiatif pemberian vaksin secara tanpa janji temuĀ ini ialah, PPV Dewan Kenangan Sungai Petani, PPV Dewan Pusat LatihanĀ Agensi Anti Dadah KebangsaanĀ (PLAK AADK) Sungai Petani serta PPV Dewan MPSPK Gurun Jaya,” menurut kenyataan itu.

Salah sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang menawarkan pemberian vaksin secara "walk-in" di PPV Dewan Kenangan Sungai Petani.

AntaraĀ PPV yang menawarkan pemberian vaksin secara tanpa janji temu di Daerah Kuala Muda, PPV Dewan Kenangan Sungai Petani.

Menurut kenyataan tersebut, CITF COVID-19 Daerah Kuala Muda juga menyediakan perkhidmatan perhubungannya di talian 019-370 1276 bagi sebarang pertanyaan dan inisiatif pemberian vaksin secara tanpa janji temu ini.

“Inisiatif ini dilihat sebagaiĀ satu cara yang mampu menarik lebih ramai individu bagi mendapatkan vaksin masing masing.

“Berikutan terdapat beberapa kekangan dalam pendaftaran vaksinasi terutama golongan warga emas, inisiatif ini diharap dapat membantu serta memudahkan mereka bagi mendapatkan vaksin COVID-19 agar negara dapat mencapai 80% imuniti kelompok menjelang hujung tahun 2021,” katanya.

~RJ~

Tinggalkan komen anda