Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeMAPutrajaya

Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan Naik 0.3 Peratus pada Suku Kedua

By 6 Ogos 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik Jabatan Perangkaan

PUTRAJAYA, 6 Ogos (Malaysiaaktif) – Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPrP) Malaysia yang mengukur purata perubahan harga perkhidmatan dikenakan oleh industri terbabit, meningkat 0.3 peratus kepada 110.3 pada suku kedua tahun ini berbanding 110.0 bagi tempoh sama tahun lepas.

Menurut kenyataan Jabatan Perangkaan pada Jumaat, subsektor utama yang menunjukkan peningkatan dalam indeks tersebut ialah penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan & minuman (1.6 peratus), aktiviti hartanah (1.5 peratus), pendidikan (0.5 peratus), kesihatan (0.3 peratus) dan profesional (0.1 peratus).

“Bagaimanapun, subsektor pengangkutan dan kesenian, hiburan dan rekreasi masing-masing menunjukkan penurunan sebanyak 0.3 peratus dan 0.1 peratus manakala indeks maklumat dan komunikasi tidak berubah,” kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Menurutnya, perbandingan suku tahunan menunjukkan IHPrP berkenaan meningkat kepada 0.1 peratus.

Peningkatan ini disumbangkan oleh tiga subsektor iaitu kesenian, hiburan dan rekreasi (1.1 peratus), penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan & minuman (0.4 peratus) dan pengangkutan (0.1 peratus).

Subsektor maklumat dan komunikasi, aktiviti hartanah, profesional, pendidikan dan kesihatan pula tidak berubah, kata beliau.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda