Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

141 Orang Asli Kachau Dalam Terima Suntikan Vaksinasi

By 7 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Hafif Zainurdin/Noor Sazarina Mohd Noor (Hulu Langat)

HULU LANGAT, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 141 orang penduduk Kg. Orang Asli Kachau Dalam, Semenyih menerima suntikan vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menurut wakil Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Hulu Langat Mohd Nor Waakub, Orang Asli Kachau Dalam memberikan kerjasama yang baik sepanjang operasi vaksinasi dijalankan.

Salah seorang penduduk Kg Kachau Dalam selepas divaksin tidak melepas peluang bergambar kenangan.

Salah seorang penduduk Kg Kachau Dalam selepas divaksin tidak melepas peluang bergambar kenangan.

“Masyarakat orang asli di sini juga sedar mengenai kebaikan vaksin jadi mereka telah berikan kerjasama baik kepada petugas kesihatan yang datang di sini.

“Hospital Orang Asli Gombak (HOAG) telah menyediakan dua jenis vaksin iaitu Sinovac dan Pfizer kepada para penerima dan proses vaksinasi berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya yang ditemui sempena program vaksinasi di Surau Nur Iman kampung tersebut, di sini semalam.

Noor Sazarina Mohd Noor, wakil Pegawai Penerangan Daerah Hulu Langat menyerahkan Jalur Gemilang kepada Uni Sudah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kg. Orang Asli Kachau Dalam disaksikan oleh Mohd Nor Waakub, wakil Pegawai JAKOA Daerah Hulu Langat.

Dalam pada itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kg. Orang Asli Kachau Dalam Uni Sudah, menzahirkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Penerangan kerana sentiasa membantu memeriahkan kampung tersebut dengan Jalur Gemilang untuk menyambut Hari Kebangsaan.

“Setiap tahun Jabatan Penerangan tak pernah lupakan kami untuk berikan bendera, kami akan kibarkan bendera ini tanda sambutan Hari Kebangsaan sentiasa diingati,” katanya ketika menerima sumbangan bendera sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang oleh jabatan itu yang turut serta dalam program vaksinasi tersebut.

Hebahan Info on Wheels (IOW) mengenai kempen kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 dan kempen kesedaran pencegahan wabak COVID-19 dari Pejabat Penerangan Daerah Hulu Langat.

-RI

Tinggalkan komen anda