
Foto: Infografik KKM
PUTRAJAYA, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – Jumlah kes baharu COVID-19 turun kepada 19,257 semalam berbanding 20,889 kes dicatatkan kelmarin.
Kes baharu itu menjadikan kumulatif kes di Malaysia kini 1,243,852 kes.
Selangor kekal negeri dengan kes harian tertinggi sebanyak 7,084 kes diikuti Kuala Lumpur (2,450), Kedah (1,514), Sabah (1,255) dan Johor (1,182).
Pulau Pinang pula merekodkan sebanyak 959 kes baharu, Kelantan (930), Negeri Sembilan (884), Perak (774), Pahang (714), Sarawak (573), Terengganu (425), Melaka (414), Putrajaya (56), Perlis (41) dan Labuan (dua).
-RI