Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

MRC Sumbang Barangan Perubatan Bernilai RM270,000

By 15 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Dhaifanzufar Dazuka (Kuala Selangor)/Syarul Azis (Putrajaya)

SERDANG, 15 Ogos (Malaysiaaktif) – Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu (PKRC) Taman Ekspo Pertanian (MAEPS) 2.0 menerima sumbangan perubatan bernilai RM270,000 daripada Majlis Getah Malaysia (MRC).

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata sumbangan berkenaan merupakan usaha bagi meringankan beban dan tugas barisan hadapan yang sedang bertugas di pusat kuarantin ini.

Khairuddin (tengah) menyempurnakan penyampaian sumbangan berkenaan daripada Nurul Islam, Ketua Pegawai Eksekutif MRC (kiri) kepada Pengarah PKRC bersepadu MAEPS 2.0, Dr Shahabuddin Ibrahim (kanan).

Khairuddin (tengah) menyempurnakan penyampaian sumbangan berkenaan daripada Ketua Pegawai Eksekutif MRC Nurul Islam (kiri) kepada Pengarah PKRC bersepadu MAEPS 2.0, Dr Shahabuddin Ibrahim (kanan).

“Sumbangan ini merupakan kesinambungan Program Bantuan Prihatin yang dilaksanakan oleh Institusi Kesihatan MRC iaitu salah satu agensi di bawah kementerian perusahaan, perladangan dan komoditi dalam usaha membantu kerajaan meningkatkan pemberian dana dan bantuan dalam menyelesaikan isu berkaitan COVID-19 ini.

“Program bantuan tersebut memperuntukkan hampir RM2.2 juta menerusi agensi di bawah kementerian ini dan sebanyak RM270,000 disumbangkan kepada PKRC bersepadu MAEPS 2.0 yang berbentuk lima unit komputer riba bernilai RM10,000, 2,500 unit peralatan perlindungan peribadi (PPE) sut Tyvek bernilai RM 225,000 dan 50,00 unit topeng muka N95 berjumlah RM35,000.

Sidang media oleh YB Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi, YB Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali.

Sidang media oleh YB Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi, YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali.

“Kita berharap apa yang dilaksanakan ini menjadi ikutan kepada korporat dan agensi yang lain untuk memaksimakan bantuan kerana kerajaan memerlukan sokongan bagi meneruskan program melindungi rakyat daripada pandemik COVID-19 ini,” katanya ketika sesi sidang media selepas menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan berkenaan di PKRC tersebut, di sini hari ini.

-RI

Tinggalkan komen anda