
Laporan/foto: Surega Vasuthevan (Melaka Tengah)/FB KPDNHEP
MELAKA, 19 Ogos (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang melakukan kajian bagi menetapkan harga dan kos kit ujian kendiri COVID-19 dijangka akan selesai akhir bulan ini.
Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, berkata kit ujian kendiri COVID-19 yang kini ada di pasaran tidak termasuk di bawah kawalan harga, ia hanya harga yang disarankan oleh pihak berkuasa perubatan.

Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam (kiri) bertanya khabar kepada penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksinasi Industri di bawah sektor peruncitan (RiVAC), di sini.
“KPDNHEP telah memberikan kebenaran kepada lebih 10 syarikat bagi pengedaran dan penjualan kit COVID-19 ini, kit ujian kendiri COVID-19 ini kebanyakkan diimport dari luar negara, jadi kita perlu mengumpul maklumat tentang syarikat yang terlibat dalam pengedaran atau penjualan kit-kit tersebut bagi menganalis struktur kos yang terlibat.
“Selepas kita dapat maklumat itu barulah kita boleh tentukan apakah harga yang berpatutan untuk ditetapkan sekiranya kerajaan membuat keputusan untuk mengawal harga kit COVID-19,” katanya yang ditemui di Pusat Pemberian Vaksinasi Industri di bawah sektor peruncitan (RiVAC) di Dataran Pahlawan, di sini kelmarin.
-FF