Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Ismail Sabri Dilantik Perdana Menteri Kesembilan

By 20 Ogos 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Facebook Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 20 Ogos (Malaysiaaktif) – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, pelantikan itu diperkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ismail Sabri, 61, yang sebelum ini timbalan perdana menteri dilantik ke jawatan itu berikutan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan perdana menteri pada 16 Ogos, setelah kehilangan sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda