Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

22,262 Kes Baharu, Selangor Tertinggi

By 22 Ogos 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Kes harian COVID-19 dalam negara semalam merekodkan 22,262 kes, menurun sedikit berbanding 23,564 kes kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 1,535,286 kes.

Selangor terus menjadi negeri dengan jangkitan baharu tertinggi dengan 7,011 kes, katanya di laman Twitternya.

Selain Selangor, negeri lain yang turut merekodkan kes jangkitan tinggi ialah Sabah dengan 2,651 kes diikuti Sarawak (1,964), Kedah (1,880), Johor (1,558), Pulau Pinang (1,459) dan Kuala Lumpur (1,220).

Sementara itu, sebanyak 1,039 kes direkodkan di Kelantan, Perak (946), Melaka (882), Pahang (664), Terengganu (495), Negeri Sembilan (405), Putrajaya (41), Perlis (38) dan Labuan (sembilan).

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda