Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Edar Jalur Gemilang Tingkat Semangat Patriotik

By 30 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Zaini Dollah/Muhd Alif Abd. Hamid (Daerah Barat Daya)

BAYAN BARU, 30 Ogos (Malaysiaaktif)- Penularan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika ini tidak menjadi penghalang bagi rakyat di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Mahsuri dan Persatuan Penduduk Taman Sri Nibong untuk menyambut Hari kemerdekaan negara ke-64 dengan penuh bersemangat.

Pegawai Penerangan Daerah Barat Daya Marshita Othman, berkata rakyat perlu terus menyemarakkan sambutan kemerdekaan negara, walaupun dalam suasana negara berdepan dengan COVID-19 dan pembudayaan norma baharu.

Pegawai Penerangan Daerah Barat Daya mengedar bendera Jalur Gemilang kepada pemandu lori di stesyen minyak Petronas Kg Jawa.

Pegawai Penerangan Daerah Barat Daya mengedar bendera Jalur Gemilang kepada pemandu lori di stesyen minyak Petronas Kg Jawa.

“Walaupun penularan COVID-19 telah memberikan banyak kesan langsung kepada kesihatan awam, bidang pekerjaan, perniagaan, ekonomi negara, pendidikan, pengajian tinggi, aktiviti keagamaan, hubungan keluarga, malah menguji silaturahim dan persahabatan di negara ini.

“Ia bukan menjadi alasan untuk lunturnya semangat patriotik dalam kalangan rakyat bagi mengenang detik kemerdekaan negara,” katanya semasa penyerahan bendera pada program Merdeka Info on Wheels (IOW) kepada ketua-ketua komuniti Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan surau di Pusat Khidmat Sosial Setempat KRT Mahsuri, di sini baru-baru ini.

Penyerahan Jalur Gemilang kepada Persatuan Penduduk Taman Sri Nibong pada program Merdeka IoW Daerah Barat Daya.

Penyerahan Jalur Gemilang kepada Persatuan Penduduk Taman Sri Nibong pada program Merdeka IoW Daerah Barat Daya.

Wakil Persatuan Penduduk Taman Sri Nibong, Hamdan Ismail, 64, menyifatkan program Kibar Jalur Gemilang yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan sangat baik dan perlu diteruskan pada masa akan datang.

“Ia membangkitkan semangat cintakan negara serta menyemai sifat bangga antara ciri penting dalam pembinaan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya.

“Masyakarat seharusnya berbangga dengan bendera Malaysia kerana ia adalah lambang kemegahan dan patriotisme serta tidak melupai jasa dan pengorbanan orang terdahulu yang gigih berjuang menentang penjajah dalam usaha mencapai kemerdekaan,” katanya.

Tinggalkan komen anda