Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Sepakat@Komuniti Santuni Petugas Barisan Hadapan

By 30 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Arinnica Arif (Kluang)

KLUANG, 30 Ogos (Malaysiaaktif) – Pada saat negara masih bergelut dengan pandemik COVID-19, para petugas barisan hadapan bekerja keras menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan penularan wabak ini dapat diputuskan.

Menurut Ketua Jururawat KPJ Kluang Specialist Hospital Azlinda Mohd Sarif, beliau berasa teruja menyambut kedatangan kakitangan Pejabat Penerangan Daerah Kluang kerana secara kebetulan pihak hospital menganjurkan beberapa aktiviti di hospital ini.

“Bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan, Pejabat Penerangan Daerah Kluang mengambil inisiatif mengadakan Program Sepakat@Komuniti bersama para petugas barisan hadapan sektor kesihatan dan penghantar makanan bagi menghargai pengorbanan mereka yang tidak ternilai harganya.

Sesi penyerahan Jalur Gemilang bersama Pengurus KPJ, Pengarah KPJ dan Penghulu Mukim Kluang di KPJ Kluang.

Sesi penyerahan Jalur Gemilang bersama Pengurus KPJ, Pengarah KPJ dan Penghulu Mukim Kluang di KPJ Kluang.

“Pada hari ini, pihak hospital menganjurkan beberapa aktiviti bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kebangsaan seperti kempen derma darah dan kempen kesedaran berkaitan wabak COVID-19,” katanya semasa ditemui di pusat perubatan tersebut, di sini semalam.

Pengurus Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kluang LHDN Dr. Nodiana Aini Ahmad Zaki, berkata penganjuran program seumpama ini merupakan yang pertama diadakan bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan di sini.

“Penganjuran program ini merupakan medium terbaik bagi meningkatkan tahap kesedaran masyarakat tentang sambutan hari kebangsaan dalam suasana norma baharu.

Penyerahan Jalur Gemilang dan bungkusan makanan kepada para penghantar makanan.

Penyerahan Jalur Gemilang dan bungkusan makanan kepada para penghantar makanan.

“Kehadiran unit bergerak Jabatan Penerangan (JaPen) ke sini juga secara tidak langsung dapat menghangatkan lagi suasana dan meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan para petugas dan pengunjung yang hadir ke hospital ini,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Hospital Enche Besar Hajah Kalsom Dr Mohd Nizam Subahir, yang ditemui berkata program ini memberi kekuatan dan semangat untuk bersama-sama menghadapi cabaran pandemik COVID-19.

“Setakat hari ini, kita masih belum merdeka dari pandemik ini, namun dengan kerjasama dari semua pihak, saya yakin kita mampu menghadapinya,” katanya.

Penghulu Mukim Kluang Suhaizi Mohd Yasin yang ditemui berpendapat penganjuran program seumpama ini adalah salah satu cara untuk memastikan rakyat negara ini sentiasa mengingati perjuangan para pejuang yang terdahulu.

Salah seorang penghantar makanan, Hariss Firdaus, 21, meluahkan keterujaannya melihat unit bergerak JaPen yang memutarkan lagu-lagu bulan kebangsaan di sekitar bandar.

“Apabila mendengar lagu-lagu patriotik dimainkan saya rasa bersemangat kerana sebelum ini suasana di sini agak sunyi akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara,” katanya.

-NI-

Tinggalkan komen anda