Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Saga Jalur Gemilang Mencuri Tumpuan

By 1 September 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Othman/Parimala Devi (Jelebu)

JELEBU, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Sebuah kenderaan buatan Malaysia telah mencuri tumpuan dalam Jelajah Merdeka Bantuan COVID-19 Parlimen Jelebu di Pekan Simpang Durian.

Menariknya, sebuah kereta Proton Saga telah dihiasi dengan Jalur Gemilang di setiap sudut kenderaan.

Menurut pemilik kenderaan tersebut Razali Mawahit, 49, beliau mula menghias keretanya itu sejak tiga tahun yang lalu.

“Saya mulanya hias suka-suka sahaja tetapi lama kelamaan menjadi minat pula.

“Ada juga yang mentertawakan saya dengan mengatakan tidak sihat dan sebagainya, tetapi saya tidak hiraukan kata-kata negatif tersebut kerana saya tidak menggunakan duit mereka untuk menceriakan kereta saya,” katanya ketika ditemui di Pekan Simpang Durian, semalam.

Malah Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaludin Alias, ketika merasmikan program tersebut turut tertarik dan kagum dengan kenderaan Razali, menambah satu lagi Jalur Gemilang pada kereta tersebut sebagai penyuntik semangat kepada Razali untuk teruskan semangat patriotik beliau itu.

Datuk Jalaludin Alias menampal Jalur Gemilang di kereta Razali.

Jalaludin (kanan) menampal Jalur Gemilang di kereta Razali.

-FF

Tinggalkan komen anda