Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Stok Beras Negara Ditingkatkan kepada 290,000 Tan

By 4 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norliza Yusof/Azman Jumat (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 4 Sep (Malaysiaaktif) – Menjelang tahun 2023, jumlah simpanan stok beras negara akan ditingkatkan kepada 290,000 tan metrik secara berperingkat.

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Ronald Kiandee, kos penambahan stokpail beras negara sebanyak RM250 juta ini akan ditanggung sepenuhnya oleh Syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) yang telah diamanahkan menguruskan stokpail beras negara.

“Ia adalah selaras dengan terma Perjanjian Konsesi antara Kerajaan Persekutuan dan BERNAS pada Disember 2020.

PERIKSA...Ronald (kanan) dan Jeffry (tengah) semasa lawatan pemeriksaan gudang stokpail.

PERIKSA… Ronald (kanan) dan Jeffry (tengah) semasa lawatan pemeriksaan gudang stokpail.

“Menjelang akhir tahun ini, BERNAS juga akan meningkatkan jumlah pegangan stokpail beras negara dari 150,000 tan kepada 200,000 tan metrik.

“Penambahan ini adalah untuk memastikan stok simpanan beras negara sentiasa mencukupi dan boleh menampung sebarang keperluan atau permintaan luar jangka,” katanya dalam sidang media sempena lawatannya ke Gudang Stokpail Negara Zon Sabah, di sini hari ini.

Ronald (dua dari kiri) semasa berbincang sesuatu dengan Jeffry (dua dari kanan) semasa lawatan.

Ronald (dua dari kiri) semasa berbincang sesuatu dengan Jeffry (dua dari kanan) semasa lawatan.

Dalam pada itu, Ronald turut memaklumkan lawatan pemeriksaan berkala sentiasa dibuat dari masa ke semasa di semua lokasi penyimpanan stokpail meliputi zon semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Terdapat tiga gudang simpanan beras yang berada di Sabah dari jumlah keseluruhan 31 gudang stokpail beras seluruh negara.

“Simpanan stok-stok beras ini akan sentiasa dipantau oleh kementerian bagi memastikan ia berada dalam keadaan yang baik dan setiap enam bulan pihak BERNAS akan menggantikan stok simpanan beras ini dengan stok yang baharu.

Ronald (dua dari kiri) dan Jeffry (dua dari kanan) bergambar kenangan selepas sesi lawatan.

Ronald (dua dari kiri) dan Jeffry (dua dari kanan) bergambar kenangan selepas sesi lawatan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan serta Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Azman Mahmood.

-RI

Tinggalkan komen anda