Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomePahang

Guru Pekan Wakil Pahang Ke Kebangsaan

By 5 Julai 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan & Foto : Pai Syahira Yahya

 

TEMERLOH, 5 Julai (Malaysiaaktif)- Kumpulan Mestika Jauhari dari daerah Pekan dinobatkan juara Pertandingan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Negeri Pahang sekaligus bakal berentap ke peringkat kebangsaan pada Oktober depan.

Pasukan Mestika Johari dari daerah pekan dinobatkan Juara

Pasukan Mestika Johari dari daerah pekan dinobatkan Juara

Kumpulan tersebut dibarisi oleh tiga guru dari Pekan yang mengajar mata pelajaran matematik, landskap dan Bahasa Melayu berjaya merangkul piala pusingan, sijil penghargaan dan wang tunai sebanyak RM 3000.

Skrip dan lakonan pentas mantap bertajuk “Ku Kenang Tongkat Warant” berjaya menewaskan 11 kumpulan daerah lain itu dianggotai oleh Rahman Mahmod, 29, Johari Ibrahim,37, dan Mohd. Shariff Mohd. Badar,40.

Menurut salah seorang peserta peserta, Johari berkata kejayaan tersebut amat bermakna sekali selepas mereka gagal dalam percubaan dua tahun berturut-turut sebelum ini.

Persembahanan tarian klasik india oleh pelajar SMK Seri Semantan, Mentakab

Persembahanan tarian klasik India oleh pelajar SMK Seri Semantan, Mentakab

“Kejayaan ini amat bermakna sekali dan kami akan berusaha bersungguh-sungguh dan membawa tanggungjawab besar menjadi wakil Pahang,”

Hadir sama, Pengarah Penerangan Negeri Pahang, Mohd Salmun Mustafa dan Pengetua SMK Seri Semantan, M. Azlan Abdul Rahman.

Sementara itu, Salmun berkata, prestasi yang ditunjukkan peserta kali ini amat mengagumkan serta memberangsangkan dengan sarat pelbagai mesej dan penghayatan baharu.

WhatsApp Image 2018-07-05 at 10.02.25

“Kami menyasarkan sekurang-kurangnya pasukan yang mewakili Pahang itu akan dapat sekurang-kurangnya ke pusingan akhir,” ujarnya.

Pertandingan Pengisahan Peringkat Negeri Pahang 2018 berlangsung di Dewan Gemilang, SMK Seri Semantan dan disaksikan lebih 500 penonton terdiri daripada pelajar dan orang awam.

Bertemakakan Sayangi Malaysia, aktiviti tahunan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia ini turut diselitkan dengan segmen Kuiz Kenegaraan kepada penonton yang hadir.

  • MRR

 

Tinggalkan komen anda