Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Regata Sarawak 2018 Sedia Terima 50,000 Pengunjung

By 16 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan & Foto :Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

KUCHING, 16 Ogos (MalaysiaAktif) – Perlumbaan Perahu Naga atau Regatta Sarawak 2018 sedia terima 50,000 pengunjung luar dan tempatan, Menteri Pelancongan, Kesenian, kebudaya, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman berkata “Di jangka akan menerima lebih 50,000 pengunjung pada temasya Regatta Sarawak 2018 –  Kuching Waterfront Festival  yang  bakal berlangsung dari 26 Oktober hingga 4 November ini,”

Sempena Regata Sarawak 2018 , Sarawak International Dragon Race akan diadakan pada hujung minggu pertama bermula 26 hingga 28 Oktober manakala Perlumbaan Perahu Sarawak Regatta pula akan diadakan pada hujung minggu kedua iaitu pada 2 hingga 4 November 2018.

Menurut Abdul Karim, tahun ini 12 negara telah mengesahkan penyertaan dalam perlumbaan ini antaranya, Brunei, China, Hong Kong, Thailand, Taipei (Taiwan), Filipina, Singapura, Macau, Indonesia selain Malaysia (Sarawak), Semenanjung dan Sabah.

“Selain itu kita menerima penyertaan daripada dua negara Eropah pada kali ini iaitu, Switzerland dan Jerman. Kesemuanya melibatkan 29 pasukan dan lebih 900 peserta atau pekayuh,” katanya.

“Bagi Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa pula akan menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM45,000 termasuk piala dan pingat, manakala Regata Sarawak menawarkan RM240,000. Beliau berkata demikian pada sidang media yang telah semalam.

“Acara kemuncak Regata Sarawak adalah  merebut Piala Raja Sungai yang  dijadualkan belangsung pada 4 November (Ahad) dan akan disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Borang penyertaan akan mula dijual pada 18 September ini di Pejabat Lembaga Sungai-sungai Sarawak, Tingkat 2, Bangunan Electra House dan tarikh tutp pada 12 Oktober  jam 12.00  tengahari.

Selain itu pertandingan gendang Sarawak juga akan dipertandingkan pada sebelah malam dan pelbagai gerai pameran dan jualan produk tempatan dan juga luar juga akan berlangsung sepanjang festival tersebut.

-erk

Tinggalkan komen anda