Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajayaSabah

Pakaian Etnik Sabah dan Sarawak Serikan Hari Malaysia 

By 16 September 2018Tiada komen3 minit bacaan

Laporan & Foto : Edi Rizam Kassim (Putrajaya)

KOTA KINABALU, 16 Sep (Malaysiaaktif) – Sabah Negeri di Bawah Bayu sudah tidak asing lagi dengan kepelbagaian etnik dan suku kaum yang terdapat disini, bilangan etnik di negeri ini tidak kurang daripada 30 etnik dengan keluasan kawasan menjangkau 72,000 kilometer persegi. Bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia tahun ini yang berlangsung di Padang Merdeka Kota Kinabalu pelbagai entik di Negeri ini hadir dengan keunikan pakaian tradisional etnik masing-masing.

Antara entik yang hadir pada malam ini adalah entik Bisaya daripada Daerah Beaufort. Bibiyani Adis 24 berkata “kehadiran kami dari beaufort seramai 15 orang dan tiba di kota kinabalu petang tadi bagi menyemarakkan lagi Sambutan Hari Malaysia malam ini dan berasa bangga dapat menonjolkan etnik bisaya kepada rakyat malayisa”

Etnik Bisaya daripada Daerah Beaufort dengan pakaian tradisi mereka

Etnik Bisaya daripada Daerah Beaufort dengan pakaian tradisi mereka

Manakala etnik Begak (Dusun Begak) dari Kg. Tungku bersempadan dengan Daerah Lahad Datu pula pertama kali menonjolkan pakai etnik mereka secara umum dengan menyertai sambutan pada malam ini. Pengerusi Persatuan Begak Tungku Sabah Bulangan Panasi berkata “ini merupaka kali pertama etnik Begak menyertai acara sebesar ini dan berasa sungguh bangga dan bersyukur dan berharap etnik Begak akan terus diangkat dan dikenali rakyat malaysia.”

Etnik Begak (Dusun Begak) dari Kg. Tungku

Etnik Begak (Dusun Begak) dari Kg. Tungku

Etnik Dusun Sandayo juga merupakan etnik yang kurang diperkatakan, etnik Sandayo daripada Daerah Kecil Paitan hadir dengan 15 orang lengkap berpakaian tradisi mereka dan menarik perhatian ramai, Bendahari Pertubuhan Pembanggunan Suku Sandayo sabah, Rosnah Taton berkata “etnik sandayo kini dianggarkan seramai 5000 orang dan hanya terdapat di Pitas dan Paitan” katanya.

Etnik Dusun Sandayo dengan pakaian tradisional mereka

Etnik Dusun Sandayo dengan pakaian tradisional mereka

Pakaian etnik Sarawak juga diperagakan pada malam ini dengan penuh warna warni dengan menonjolkan keunikan Sabah dan Sawarak pada Sambutan Hari Malaysia Tahun ini. Pengunjung yang hadir juga teruja dengan kemeriahan yang dan keindahan hiasan bunga dan lampu di Padang Merdeka malam ini.

(dari kiri) Carey didier dengan Pakaian Dayak, Irsha wardiezah memperaga pakaian Dusun dan Caemilya julai dengan baju tradisi bajau dan dusun

(dari kiri) Carey didier dengan Pakaian Dayak,
Irsha wardiezah memperaga pakaian Dusun dan Caemilya julai dengan baju tradisi bajau dan dusun

Sambutan tahun ini meriah dengan kehadiran lebih 30,000 orang pengunjung berbilang kaum dari sekitar Kota Kinabalu dan Semenanjung Malaysia.

Kehadiran Perdana Menteri Tun Mahathir mendapat sorakan gemuruh orang ramai

Kehadiran Perdana Menteri Tun Mahathir mendapat sorakan gemuruh orang ramai / foto : Jabatan Penerangan 

Acara rasmi dimulakan sebaik sahaja ketibaan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Haji Mahiruddin serta isteri, terdahulu Padang Merdeka bergemuruh dengan sorakan semasa ketibaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tun Dr. Mahathir Mohamad dan Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Siti Hasmah Haji Ali.

Carrey evanne memperaga pakaian ‘Beauty of Kota Belud’

Carrey evanne memperaga pakaian ‘Beauty of Kota Belud’

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersama Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah dan Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak kemudiannya bersama-sama menandatangani Buku Catatan Hari Malaysia 2018.

Etnik Rungus daripada Matunggong

Etnik Rungus dari Matunggong, Kudat

Hari sama, Timbalan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Komunikasi dan Multimedia Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018, Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo dan Menteri Pembangunan Infrastukur Negeri Sabah merangkap Pengerusi Bersama Jawatan Kuasa Sambutan Hari Malaysia 2018, Yang Berhormat Datuk Peter Anthony Serta Menteri Persekutuan dan Negeri.

ER

Tinggalkan komen anda