Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajayaWilayah Persekutuan

Ikatan Ukhwah Terjalin Di Hari Sukan Negara KKMM

By 13 Oktober 2018Tiada komen4 minit bacaan

 

Laporan dan Foto Oleh : Muhammad Rizal Redzuan (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 13 Okt (Malaysiaaktif) -Dianggarkan 900 orang menyertai acara Hari Sukan Negara peringkat Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM) ini pagi ini menurut Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Datuk Samsuni Mohd Nor.

IMG-20181013-WA0044

Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) KKMM, Datuk Samsuni Mohd Nor menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pemenang

Acara yang diadakan di tapak letak kereta awam KKMM ini bukan hanya melibatkan warga KKMM dan agensi dibawahnya seperti Jabatan Penerangan Malaysia (Japen), Bernama, RTM, dan lain-lain tetapi juga anak-anak dan isteri atau suami mereka.

Sebahagian warga KKMM dan ahli keluarga yang baru tiba dari acara berjalan lima kilometer

Sebahagian warga KKMM dan ahli keluarga yang baru tiba dari acara berjalan lima kilometer

Ia juga seperti hari keluarga sempena meraikan Hari Sukan Negara.

Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Datuk Samsuni Mohd Nor (kanan) bersama Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Haji Ibrahim Abdul Rahman, duduk melepaskan letih setelah berjalan sejauh lima kilometer

Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Datuk Samsuni Mohd Nor (kanan) bersama Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Haji Ibrahim Abdul Rahman, duduk melepaskan letih setelah berjalan sejauh lima kilometer

Samsuni berkata, beberapa acara diatur bagi memeriahkan Hari Sukan Negara KKMM ini antaranya zumba, brisk walk sejauh lima kilometer dan cabutan bertuah.

IMG-20181013-WA0049

Hadiah-hadiah cabutan bertuah ini ialah sumbangan kelab kebajikan, Puspanita dan lain-lain.

Program ini terbahagi kepada dua aspek utama. Pertamanya aktiviti riadah bagi menyihatkan badan di sebelah pagi.

Keduanya pula ialah aktiviti mengeratkan silaturahim dan ukhwah antara warga serta ahli keluarga KKMM.

Antara peserta yang membawa anak bersama

Antara peserta yang membawa anak bersama

Menurut Samsuni, apabila warga KKMM membawa anak-anak, isteri atau suami mereka, inilah elemen yang terpenting kerana hubungan ini membatu membentuk kemuafakatan dalam KKMM.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Haji Ibrahim Abdul Rahman yang telah berada di sini sejak awal pagi berkata, sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun ialah Hari Sukan Negara. Pada tahun ini ia jatuh pada 13 Oktober.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Haji Ibrahim Abdul Rahman beramah mesra dengan salah seorang pemenang cabutan bertuah

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Haji Ibrahim Abdul Rahman beramah mesra dengan salah seorang pemenang cabutan bertuah

Ia disambut oleh setiap agensi kerajaan, NGO, dan komuniti tempatan dengan pendekatan yang berbeza-beza.

Semua agensi kerajaan dan rakyat Malaysia bertanggungjawab mengatur masa dan acara bagi menjayakan program ini.

Peserta yang hadir diberikan air minuman percuma dan pisang

Peserta yang hadir diberikan sijil penyertaan

Ia merupakan satu cetusan oleh kerajaan bagi menggalakan rakyat bersukan.

Ia juga membolehkan semua rakyat melibatkan diri dengan aktiviti riadah yang menyihatkan.

HSN6

Ini kerana apabila ditetapkan satu hari untuk bersukan maka ia menjadi titik permulaan kepada seluruh negara memberi tumpuan kepada sukan.

Dengan permulaan ini, ia menjadi momentum kepada setiap individu untuk meneruskan aktiviti-aktiviti ini lagi pada setiap hari, minggu dan seterusnya.

HSN4

Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) bekerjasama membantu KKMM dalam mengatur infrastruktur seperti pentas, tenaga kerja seperti pengacaraan, hadiah-hadiah dan sebagainya.

Penglibatan secara bersepadu ini diharapkan memberi impak yang besar bagi seluruh warga KKMM mendapat kesedaran menjaga kesihatan dan sentiasa terlibat dengan aktiviti-aktiviti riadah.

IMG-20181013-WA0036

Dengan aktiviti riadah yang menyihatkan badan, akan membawa kepada kesihatan minda yang membolehkan kita melaksanakan tanggungjawab kepada negara dengan lebih berkesan.

Japen diseluruh negara juga bersama-sama meraikan Hari Sukan Negara di Peringkat daerah dan negeri masing-masing secara bersepadu dengan agensi-agensi di bawah KKMM pada hari ini.

HSN3

Seorang peserta yang juga Pengarah Bahagian Teknologi Digital, Japen, Ihsan Hassan Basri berkata Hari Sukan Negara Ini telah mewujudkan satu hari untuk seluruh rakyat Malaysia mendapat kesedaran untuk kekal cergas dan sihat.

Hari sukan negara menyedarkan kita betapa pentingnya untuk kekal sihat dan cergas - Pengarah Bahagian Teknologi Digital, Japen, Ihsan Hassan Basri

Hari sukan negara menyedarkan kita betapa pentingnya untuk kekal sihat dan cergas – Pengarah Bahagian Teknologi Digital, Japen, Ihsan Hassan Basri

“Kita selalunya amat sibuk dengan tugas seharian sehingga tiada masa untuk menjalankan aktiviti riadah secara bersama” ujar Ihsan.

Ihsan berkata, dengan adanya satu hari yang kerajaan khaskan untuk semua penjawat awam serta keluarga datang menjalankan aktiviti seperti ini, ia membolehkan kami berjumpa dan bersantai bersama.

HSN2

Secara tidak langsung dapatlah kami bermesra dan mengenali serta mengeratkan ukhwah sesama anggota dan keluarga di KKMM ini, katanya lagi.

Menurut Ihsan, pada masa-masa akan datang, sepatutnya ada lagi lagi program-program khusus kepada anak-anak seperti sukaneka serta kepada remaja yang hadir bersama ibu atau bàpa mereka yang berkhidmat di KKMM ini.

Seorang lagi peserta, Hafizi Abdul Rahman dari Bahagian Perancangan Strategik, Jabatan Penerangan Malaysia, berkata, Hari Sukan Negara ini dapat mengeratkan silaturahim antara ahli keluarga KKMM yang sebelum ini mungkin tidak kenal satu sama lain.

Hari Sukan Negara mengukuhkan ukhwah sesama warga KKMM dan keluarga - Hafizi Abdul Rahman

Hari Sukan Negara mengukuhkan ukhwah sesama warga KKMM dan keluarga – Hafizi Abdul Rahman

Dia mencadangkan agar acara ini dibuat di tempat lebih luas dan tidak berbatu-batu supaya lebih banyak dapat diadakan.

Hampir kesemua pegawai pengurusan tertinggi KKMM dan agensi di bawahnya serta pegawai dan anggota KKMM di ibupejabat Putrajaya hadir bersama keluarga mereka bagi menjayakan program ini.

Tinggalkan komen anda