Skip to main content
Berita TempatanHomeJohor

10 ‘B’ Penawar Stres

By 17 April 2019Tiada komen3 minit bacaan
Laporan/foto:  Siti Nabila Bohari/Nor Adilah Abdullah/Ihsan Facebook UTM Student Affair (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 17 Apr (Malaysiaaktif) – Stres atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental yang dialami seseorang apabila tuntutan tidak dapat dipenuhi dan

Stres juga dialami bila berhadapan dengan ransangan yang tidak menyenangkan seperti bau busuk, bunyi yang kuat dan kata-kata kesat, justeru sesiapa sahaja boleh mengalami stres.

Umumnya tahap stres yang dihadapi oleh seseorang berbeza mengikut beban tekanan yang dihadapi. Stres yang sedikit atau sederhana adalah baik dan boleh menjadi faktor pendorong atau motivasi kepada individu untuk meningkatkan produktiviti.

Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan seseorang mengalami gejala stress antaranya  mengalami masalah kewangan, beban kerja yang berat, penyakit fizikal, kesesakan lalu lintas, persekitaran yang tidak selesa, tragedi yang menyebabkan kesedihan, buli, konflik rumah tangga dan rasa rendah diri.

Persembahan semasa ketibaan Pengarah Kesihatan Negeri Johor

Persembahan semasa ketibaan Pengarah Kesihatan Negeri Johor

Apabila stres tidak ditangani dalam jangka masa panjang, ia boleh memberi kesan yang teruk kepada diri sendiri. Masalah mudah letih dan cepat penat, cepat merasa kecewa dan hilang semangat antara kesan stres yang tidak ditangani segera. Selain itu boleh menyebabkan prestasi kerja dan perhubungan dengan masyarakat di persekitaran terjejas.

Antara gejala stres pula, sering merasa gelisah apabila mengalami sesuatu perkara, risau yang keterlaluan, gangguan tidur, kurang tumpuan terhadap kerja dan cepat merasa marah. Stres boleh dikawal secara sendiri atau pun melalui bantuan ahli keluarga atau rakan-rakan.

Antara cara yang boleh dilakukan untuk mengawal stres adalah dengan mengamalkan kaedah 10B. Kaedah ini telah dikongsi oleh Pegawai kesihatan, dari Unit Kesihatan Mental, Bahagian Kawalan Penyakit Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Nadiah Abdullah semasa pameran sempena sambutan Hari Kesihatan Sedunia Peringkat Negeri Johor di Universiti Teknologi Malaysia di sini, baru-baru ini.

Beliau berkongsi cara mudah menangani stres adalah dengan mengamalkan kaedah 10B. Kaedah ini adalah Bertenang, Bernafas dengan dalam, berkata “Relakslah”, Beribadat, Bercakap dengan seseorang, Berehat dan mendengar muzik, Beriadah, Bersenam dan berfikiran positif. Kaedah ini antara penawar stress yang mudah yang boleh diamalkan bila-bila masa di mana sahaja berada.

Forum 1000hari dalam kehidupan sedang berlangsung sempena Sambutan Hari Kesihatan Sedunia Peringkat Negeri Johor

Forum 1000hari dalam kehidupan sedang berlangsung sempena Sambutan Hari Kesihatan Sedunia Peringkat Negeri Johor

“Stres boleh berlaku di mana-mana sahaja. Dengan adanya pengetahuan seperti ini, gejala stres dapat dikurangkan dan seseorang tidak mengalami gejala lain yang boleh memudaratkan. Bagi individu yang bekerja sangat mudah untuk mendapat stres. Amalkan 10 B ini, dan terdapat beberapa senaman regangan mudah yang boleh dilakukan setelah seharian penat bekerja. Boleh juga meminta pertolongan rakan sekerja untuk melakukan urutan melegakan stres” ujar beliau semasa menerangkan cara melakukan senaman mudah untuk tangani stress kepada pengunjung pameran.

Berfikiran positif juga boleh meningkatkan harga diri sendiri.  Cara berfikiran positif hendaklah dipelajari kerana ia dapat membantu menangani stres dengan lebih berkesan. Dengan melakukan kaedah 10B,  kesan fizikal stres seperti denyutan jantung, perasaan marah, rasa gelisah, gementar, sakit kepala dan sebagainya yang disebabkan oleh tindak balas hormon adrenalin terhadap tubuh dapat dikurangkan.

“Stres mesti ditangani secara berterusan bagi memastikan individu sentiasa sihat dari segi fizikal, emosi dan minda. Walau bagaimanapun, kaedah 10B hanya boleh mengawal stres untuk jangka masa pendek. Punca stres perlu dikenal pasti dan tindakan susulan perlu diambil untuk mencari jalan penyelesaian kepada punca stres tersebut. Kemahiran daya tindak yang bersesuaian perlu diamalkan untuk menangani stres,” ujar beliau.

Beliau menggalakkan masyarakat untuk menjalankan ujian saringan minda sihat untuk mengenalpasti faktor kesihatan mental individu. Ujian ini boleh dijalankan di Unit Kesihatan Mental di setiap Pejabat Kesihatan yang berdekatan dan juga Hospital dan antara kaedah awal untuk mengenalpasti gejala penyakit mental atau masalah kemurungan yang boleh menyebabkan kematian.

Nadiah Abdullah (kanan) memberi taklimat kepada petugas Jabatan Kesihatan Negeri Johor untuk menjalankan Ujian Minda Sihat kepada tetamu yang hadir

Nadiah Abdullah (kanan) memberi taklimat kepada petugas Jabatan Kesihatan Negeri Johor untuk menjalankan Ujian Minda Sihat kepada tetamu yang hadir

Forum 1000 hari dalam kehidupan juga turut berlangsung dalam memeriahkan sambutan Hari Kesihatan Sedunia Peringkat Negeri Johor tahun 2019 untuk memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan ilmu yang bermanfaat untuk kesihatan sejagat.

EM

Tinggalkan komen anda