SMKA Nibong Tebal Kini SMKA Sheikh Abdullah Fahim

Ap6u1cmdWvNvD7fvhswmp0Y221aUGrJ-jvkpZmxMOZT_

 

Oleh  Andi Abdul Rohim & Ammar Yas Azudin

NIBONG TEBAL, 30 Jan (Malaysiaaktif) – Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Nibong Tebal semalam diberikan nama baru, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdullah Fahim sempena Majlis Makan Malam Sambutan 20 tahun sekolah tersebut.

Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapannya menyatakan bahawa setiap guru memainkan peranan penting dalam menggilap potensi pelajar supaya SMKA Nibong Tebal dikenali di dalam dan luar negara dalam melahirkan insan-insan Ulul Albab.

Tambahnya, guru perlu mendidik dengan ikhlas serta menerapkan pelajaran semasa supaya pelajar-pelajar sekolah ini lebih mantap dan berdaya saing.

Nama Sheikh Abdullah Fahim diambil daripada nama datuk kepada Tun Abdullah.

Majlis yang disempurnakan oleh Tun Abdullah ini, turut dihadiri oleh Pengerusi Majlis Tindakan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, pemimpin tempatan, guru-guru serta bekas pelajar SMKA Nibong Tebal dari seluruh negara.

Di majlis sama, Dana Wakaf SMKA Sheikh Abdullah Fahim turut dilancarkan.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...