Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Program CTC Dapat Sambutan Di Tasek Gelugor

By 31 Januari 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Mohd Zaini Dollah

PULAU PINANG 31 Jan (Malaysiaaktif) — Program Mobile Communiti Transformation Centre (CTC), Peringkat Negeri Pulau Pinang anjuran Kementerian Kewangan dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (ICU) disambut meriah oleh warga Tasek Gelugor yang tidak mahu melepaskan peluang keemasan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan kepada mereka.

Program yang berlangsung sehari suntuk ini bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang merupakan satu usaha dan inisiatif kerajaan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada komuniti di dalam satu pusat sehenti.  Ia merupakan sebahagian daripada Strategi Lautan Biru (NBOS) yang diperkenalkan untuk meningkat kualiti Perkhidmatan Kerajaan melalui kerjasama jabatan dan agensi kerajaan.

Terdapat 5 komponen utama dalam CTC iaitu yang pertama ialah untuk menyediakan perkhidmatan seperti perkhidmatan membuat kad pengenalan, mempebaharui lesen memandu, mendaftar pengundi, pemeriksaan kesihatan dan pembayaran bil.

Komponen kedua adalah untuk memberi penerangan serta kesedaran kepada rakyat mengenai dasar program dan aktiviti kerajaan.  Komponen Ketiga pula adalah menyediakan peluang keusahawanan kepada penduduk tempatan.

Komponen keempat ialah menghimpunkan rakyat pelbagai peringkat dan kaum untuk bersukan, bersosial dan bersukarelawan bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.  Manakala komponen yang terakhir iaitu kelima, adalah untuk menyediakan platform bagi membolehkan bantuan kerajaan disalurkan terus kepada kumpulan sasar seperti penyampaian bantuan serta kemudahan pinjaman.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Hj Shabudin Yahya, ketika merasmikan program CTC berkata, Program ini merupakan julung kalinya diadakan di Tasek Gelugor dan beliau merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada kementerian kewangan dan ICU kerana memilih kawasan parlimen tasek gelugor untuk menganjurkan program CTC ini.

Beliau turut menggalakkan para pengunjung yang hadir akan tidak melepaskan peluang yang ada untuk mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan dari pelbagai agensi-agensi kerajaan yang mengambil bahagian.

Turut hadir bersama pada majlis ini adalah ADUN Telok Ayer Tawar dan ADUN Permatang Berangan.

 

Tinggalkan komen anda