Skip to main content
Berita TempatanHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Media Perlu Pantas Untuk Elak Sebaran Khabar Angin -Johan

By 20 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Elyas Hisyam Mat Zin (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Malaysiaaktif) – “Masyarakat lebih banyak meluangkan masa melayari internet dan di sinilah tugas media untuk sentiasa bersedia dan pantas dalam menyampaikan sesuatu berita supaya masyarakat mendapat berita yang tepat berbanding  khabar angin.”

“Ini kerana masyarakat sekarang lebih percaya kepada maklumat dari media sosial berbanding dengan media-media lain,” wartawan veteran, Tan Sri Johan Jaafar berkata  ketika menceritakan tentang pengalaman beliau mengendalikan berita.

Bagi Pengarang Berita merangkap Pengarang Meja Siasatan Khas New Straits Times (NST) Press (Malaysia) Berhad, Farah Naz Karim pula, “Etika kewartawanan juga perlu dititikberatkan supaya pihak wartawan dapat menghasilkan berita yang tepat dan berinformasi kepada orang ramai dan nilai yang tidak dapat dipertikaikan oleh mana-mana pihak”.

 

WhatsApp-Image-20160520 (2)

 

Kedua-dua mereka dan blogger, Salahuddin Hisham yang lebih dikenali sebagai ‘A Voice’ (http://anotherbrickinwall.blogspot.my/) merupakan ahli panel bagi Program “Breakfast Talk” Siri 5/2016 ‘Media Sosial dan Media Cetak’ : Kebertanggungjawaban Pelaporan Berita Perspektif Integriti’ yang berlangsung di Dewan Murni Aras Bawah Institut Integriti Malaysia (IIM) hari ini.

Program yang dipengerusikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM, Dr. Anis Yusal Yusoff bertujuan memberi pandangan dan pengalaman tentang isu-isu integriti dan peranan media sosial serta media cetak dalam pembudayaan integriti di Malaysia.

Turut dibincangkan termasuk tahap ketelusan sesuatu berita dan pengurusan berita.

Seramai 100 orang peserta hadir ke program ini. Mereka terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah dan para pegawai INTEGRITI,  Pegawai Kerajaan Persekutuan, Ahli Akademik dan juga ahli Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Program dianjurkan oleh IIM.

 

-DK/AAS

Tinggalkan komen anda