Skip to main content
Berita TempatanLabuanViralWilayah Persekutuan

Labuan Catat 55 Kes Kanser Tahun Lepas

By 25 September 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh: Mohd Faizal Mansor

 

LABUAN (Malaysiaaktif) 24 Sept -Terdapat 55 kes kanser telah direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di Labuan pada tahun 2015.

Daripada jumlah tersebut, tujuh kematian telah catatkan.

Ujar Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Haji Isli berkata demikian ketika merasmikan Majlis Sambutan Hari Tanpa Tembakau dan Seminar Kesedaran Kanser peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2016 pagi tadi.

Ujar Rozman, pada tahun ini sehingga Jun 2016, sebanyak 28 kes baru telah direkodkan dengan 2 kematian yang mana kanser paru paru dan payudara merupakan kes yang paling kerap berlaku di Labuan selain kanser kolon dan lain lain.

Justeru beliau menyeru agar warga Labuan sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat terutamanya dari segi penjagaan pengambilan makanan, tidak merokok dan bijak menangani stres yang merupakan kunci kepada kesejahteraan hidup.

Beliau juga memuji usaha Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah melaksanakan aktiviti memupuk kesedaran kesihatan melalui seminar, bengkel berhenti merokok, pameran dan edaran risalah di jabatan jabatan kerajaan dan premis premis awam.

Melalui langkah ini adalah diharapkan dapat memberi kesedaran tentang bahayanya penyakit kanser yang merupakan penyebab kematian keempat di negara ini.

Menurut salah seorang peserta seminar Rosnah Ruki, 58, berkata bahawa seminar kesedaran kanser yang dianjurkan ini amat berfaedah khususnya kepada kaum hawa bagi mengetahui sindrom awal gejala kanser khususnya kanser payu dara yang menghantui golongan wanita.

Bagi Hajah Kalsum, 51, pula melalui seminar ini ia dapat nenjadi platform untuk memberi kesedaran tentang pentingnya mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk menjadi insan yang sihat tubuh badan.

Tinggalkan komen anda