Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Ayah, Anak Johan Bertandak Jalanan

By 25 September 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh: Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

KOTA SAMARAHAN, 25 Sept (Malaysiaaktif)-Kegigihan seorang ayah dan anaknya dari Kampung (Kpg) Moyan Laut yang gemar bertandak (berjoget sambil berbalas pantun) berjaya membuahkan hasil apabila berjaya memenangi Pertandingan Bertandak yang berlangsung di Jalanan Aiman Street Mall, Kota Samarahan semalam.

Rahman Li, 59, dan anaknya Mohd Adona Rahman, 32, yang ditemui selepas majlis berakhir berkata mereka sering mengikuti Pertandingan Tandak ini di mana-mana sahaja asal ada pertandingan.

“Sebelum ini kami pernah mengikuti pertandingan di Kuching, Gedong, Samarahan, Serian dan tempat rumah orang kahwin atau di mana-mana ada karnival tidak terhitung lagi banyak kalinya mendapat Johan,” ujar mereka.

Pemuda Warisan dari Kpg. Moyan Laut itu menjadi Johan dalam pertandingan tersebut dengan menerima wang tunai sebanyak RM300 berserta dengan piala. Naib Johan disandang oleh kumpulan Gabungan Gedong dari Kpg. Gedong menerima RM250 serta Piala sementara tempat ketiga Pemuda Bersatu dari Kpg. Tambirat yang menerima RM200 serta Piala.

Pemenang bergambar bersama

Pemenang bergambar bersama

Tiga kumpulan lain yang terlibat ialah Sri Sepakat dari Kpg.Telaga Air, Kuching, Sri Sarawak dari Kpg. Niup, dan Ambok Siba dari Kpg. Jemukan.

Sementara itu, Penyelaras Pertandingan, Bolhassan bin Mohamad, Pertandingan Bertandak Jalanan diadakan sempena Hari Pengisytiharan Naik Taraf Majlis Daerah Samarahan ke Majlis Perbandaran Kota Samarahan.

“Pertandingan ini terbuka kepada kumpulan yang berminat dan mesti berpasangan serta perlu mempersembahkan tandak sambil menjual beli lima rangkap pantun.

Antara peserta yang bertandak

Antara peserta yang bertandak

Tambah Bolhassan, peserta perlu berpakaian baju kebangsaan, bersamping dan bersongkok. Setiap kumpulan boleh menetapkan lagu masing-masing dan terhad kepada lapan kumpulan yang pertama mendaftar.

“Tujuan pertandingan ini ialah sebagai pengisian aktiviti karnival Niaga 1Azam di samping sebagai satu cara untuk mempromosi tandak tradisional Melayu Sarawak serta bakat masing-masing di samping mempromosikan aktiviti peserta E-kasih untuk menjana pendapatan peserta di bawah seliaan di Bahagian Samarahan,” jelasnya lagi.

Karnival Niaga 1Azam bermula dari 23 hingga 25 September dan bermacam-macam aktiviti dijalankan.

SF

Tinggalkan komen anda