Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

90 Peratus Masakan Kampung Untuk PAU2016

By 3 Disember 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh : Muhammad Rizal Redzuan

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Malaysiaaktif) – 30 tahun menjadi chef dengan enam kali pengalaman mengetuai dapur Perhimpunan Agong UMNO (PAU) memudahkankan Chef Eksekutif Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Suzaini Mohamed Salih mengetuai operasi masakan dan memahami selera petugas media. 90 peratus masakannya sepanjang PAU2016 dari 29 November hingga 3 Disember 2016 adalah masakan kampung dan tradisi Melayu.

20161202_190153

Menurut Suzaini, menyediakan makanan untuk Laman Media agak mencabar kerana jadual petugas yang tidak menentu memerlukan makanan ada pada setiap masa dari pukul 7.00 pagi hinggalah 10.30 malam. Mereka telah berbincang sejak tiga bulan yang lepas untuk memastikan semua orang berpuashati dengan makanan yang disediakan.

Beliau mempunyai 50 orang tukang masak untuk PAU2016 di mana 15 daripadanya di tempatkan di Laman Media walaupun makanan untuk petugas media tidak sampai 10 peratus dari jumlah keseluruhan makanan yang disediakan. Setiap hari mereka menyediakan makanan untuk 30ribu orang, 2000 daripadanya adalah untuk petugas media. Keseluruhan sepanjang PAU2016, mereka menyediakan makanan untuk 140ribu orang.

Suzaini berkata, kelainan pada tahun ini ialah diwujudkan Kafeteria RM5 dan turut menyediakan makanan untuk gelandangan sepanjang PAU2016. Tujuan Kafeteria RM5 ialah semata-mata memberikan perkhidmatan kepada ramai pengunjung yang memerlukan makanan yang sedap, berkhasiat tetapi dengan harga yang rendah. Ia menyediakan makanan termasuk nasi campur dengan pelbagai lauk pauk untuk 4000 orang beserta air.

Di Laman Media antara menu yang paling diminati untuk minum petang ialah “Apam Balik Gareng” yang dibawa khas dari Jasin Melaka.

20161202_173608

Menurut pembuat apam balik ini, Mariati Mad Jadi, 34, setiap hari beliau mula memasak 1000 keping apam ini mulai pukul 3.00 petang. Walaupun ia sepatutnya menghentikan masakannya pada pukul 6.00 petang tetapi selalunya sehingga pukul 7.00 malam petugas media masih beratur.

Mariati yang setiap hari berulang alik dari Jasin, berkata, yang selebihnya ialah “hadiah” beliau kepada petugas media yang baik dan mesra kepadanya.

Wartawan Mysuara.net, Faizal Riduan, 35, berkata apam balik dan putu mayam di sini sangat digemarinya kerana rasanya lebih sedap berbanding yang biasanya dibelinya di Kuala Lumpur.

Menurut wartawan Bernama Norshazlina Nor’azman, 31, setiap hari dia melihat ramai sangat orang beratur untuk menikmati apam balik ini. Setiap orang beratur sehingga setengah jam, tetapi hari ini, tidak ramai yang beratur, jadi dia mengambil kesempatan ini untuk merasai apa istimewanya apam balik ini.

Petugas media dari RTM, Saodah Fadzil, 35, berkata setiap hari sejak hari pertama PAU2016 beliau beratur untuk mendapatkan apam balik ini kerana garing dan rasanya lain dari yang lain.

Menurut Saodah, kalau dibanyakkan lagi jangungnya ia pasti lebih sedap.

Tinggalkan komen anda