Laporan/foto: Md Sazali Ab Hamid (Pengkalan Hulu)
PENGKALAN HULU, 25 Apr (Malaysiaaktif) – Ratusan penganut Hindu di daerah ini hadir memeriahkan sambutan Perayaan Chithirai Pournami di Kuil Sri Subramaniar, di sini pada Selasa.
Menurut pengerusi kuil K. Kannesan K. Krishnan, perayaan tersebut disambut setiap tahun dan mengumpulkan keseluruhan penganut Hindu di kawasan ini.
“Perayaan ini adalah perayaan yang penting bagi penganut Hindu selain Thaipusam.
“Kami mengadakan jamuan makanan tradisional pada sebelah malam seperti nasi, kari parpu dan sayur yang dimakan beralaskan daun pisang kepada tetamu.
“Kemudian kita melakukan perarakan mini kavadi dan pedati berhias bermula dari Dataran Tasek Takong hingga ke Kuil Sri Subramaniar pada sebelah siangnya,” katanya ketika ditemui.
Perayaan ini menunjukkan simbol perpaduan dengan kehadiran semua kaum yang diraikan dengan jamuan makan malam.
-ZS-