Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Sambutan Hari Raya Parlimen Jempol Meriah

By 25 April 2024Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Siti Zuraida MD Nor Aidi/PTD Jempol

JEMPOL, 25 Apr (Malaysiaaktif) – Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Parlimen Jempol dan Pentadbiran Daerah Jempol semalam meriah dengan kehadiran lebih 6,000 orang pengunjung.

Menurut Ahli Parlimen Jempol Shamshulkahar Mohd Deli, majlis sambutan hari raya pada kali ini pertama kali menggandingkan antara Pejabat Ahli Parlimen Jempol bersama pihak Pentadbiran Daerah Jempol dan pelbagai agensi di daerah ini.

“Kami menyajikan sebanyak 24 menu istimewa hari raya dengan pelbagai jenis minuman dan makanan untuk dinikmati bersama yang disediakan oleh semua jabatan dan agensi di daerah Jempol.

“Alhamdulillah majlis hari ini cukup meriah dengan kehadiran pelbagai kaum yang turut meraikan majlis ini dan diharapkan agar hubungan baik menerusi kerajaan perpaduan ini terus utuh dan terpelihara,” katanya.

Salah seorang pengunjung Ahmad Shakir, 19, berkata beliau sangat seronok dapat hadir ke majlis ini dengan suasananya yang sangat meriah ditambahi pula dengan pelbagai pilihan menu makanan yang lazat.

“Terima kasih diucapkan kepada Ahli Parlimen Jempol dan Pentadbiran Daerah Jempol kerana menganjurkan majlis seperti ini,” katanya.

Menurut Nurazlin Abd Rahman, 28, yang juga merupakan salah seorang pengunjung, kebiasaan rumah terbuka diadakan pada hujung minggu tetapi pada kali ini dibuat pada hari bekerja.

“Saya rasa lebih baik kerana kita berpeluang berjumpa dengan ramai pemimpin dan tidak terkejar-kejar untuk pergi ke rumah terbuka lain,” katanya.

Seramai 13 orang asnaf turut diraikan dengan penyampaian sumbangan duit raya.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda