‘Dashboard Komuniti’ Memudahkan Masyarakat Terbok

f6bb359c-2920-42e0-ba43-43c9554699c7

 

Laporan / foto oleh Robani Nabi Ahmad

 TUMPAT,22 Dis (Malaysiaaktif) — Era Internet dan media sosial semakin merubah cara kita berhubung. Baik atau buruk kaedah teknologi ini bergantung kepada budi bicara serta tahap peradaban seseorang. Seperti pisau, ia boleh membantu memudahkan kehidupan atau mencederakan kita.

Kini teknologi Internet telah menular dan menjadi sesuatu yang amat perlu walaupun di kawasan-kawasan pedalaman. Memandangkan keberkesanan teknologi ini, kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) tidak ketinggalan memanjangkan kaedah tersebut bagi memudahkan penduduk kampung, seperti mana dinikmati oleh penduduk di bandar.

a3ea5a6c-eaeb-49f5-b168-0815927fe46a

Sehubungan itu, seperti mana di banyak kawasan lain yang telah menikmati jasa kerajaan berhubung hal ini, daerah Tumpat juga tidak kecualikan dalam usaha memperkasakan masyarakat melalui Pusat Internet 1Malaysia Terbok.

Inisiatif terbaharu ini diperkenalkan dalam bentuk ‘Hari Dashboard Komuniti’ yang telah menarik perhatian serta minat ramai penduduk kampung di sini.

Menurut Pengurus Pusat Internet 1Malaysia, Suhaida Suriman, ‘Hari Komuniti Dashboard’ yang berlangsung sehari ini diadakan bagi menafaatkan masyarakat setempat. Ia berperanan sebagai satu capaian yang memudahkan perhubungan, pembelajaran, perniagaan, kesihatan, kerohanian dan pentadbiran.

bdcc5a5c-f757-44b4-aa79-150a254cb0f7

Antara kemudahan termasuk ‘MyShop’ yang disambut baik oleh kalangan usahawan dalam talian di kawasan ini. Melalui kaedah tersebut mereka dapat mempromosikan produk-produk perniagaan secara percuma dengan menggunakan platform maya yang disediakan oleh kerajaan.

Bagi seorang penduduk berketurunan Siam, Pikun Kun,48, aplikasi ‘MyHealth’ yang terdapat dalam ‘Komuniti Dashboard’ membolehkan masyarakat Siam di Kampung Terbok memantau tahap kesihatan, seperti tekanan darah, rekod berat badan dan sebagainya. Bagi ibu bapa pula ia memudahkan mereka menyemak aktiviti persekolahan anak-anak, seperti pengumuman cuti, peperiksaan  dan lain-lain melalui aplikasi ‘MySkool.’

Pengunjung dari Cabang Empat, Tumpat, Nor Aina, 27, berpendapat aplikasi Dashboard diwjudkan dengan tujuan meningkatkan taraf sosioekonomi setempat dan sekaligus merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dengan luar bandar.

 

-AAS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *